27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Sunway, Permaisuri Selangor rai 200 anak yatim

Mesti Baca

LEBIH 200 kanak-kanak dari beberapa rumah anak yatim sekitar Selangor diraikan oleh Kumpulan Sunway dalam satu majlis di Bandar Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja dibelikan baju raya baharu bagi menyambut Aidilfitri tetapi turut diraikan dalam majlis berbuka puasa yang turut dihadiri Raja Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Naib Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman M. Hashim berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sudah sebati dengan syarikat tersebut.

“Di Sunway, usaha membawa keceriaan semasa musim perayaan kepada komuniti yang kurang bernasib baik merupakan salah satu tradisi kami.

“Saya ingin memberi penghormatan kepada ratusan sukarelawan pelbagai bangsa dan agama daripada keluarga Sunway yang tampil saban tahun untuk memastikan kami melaksanakan janji kami,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sebahagian anak yatim yang diraikan oleh Kumpulan Sunway baru-baru ini.

Beliau berkata, majlis itu dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Belia Selangor (SAY) iaitu sebahagian inisiatif Ceria Raya di bawah #Sunwayforgood tahun ini.

#SunwayforGood merupakan payung CSR Kumpulan Sunway yang giat memartabatkan agenda kelestarian dan inklusiviti sosial menerusi tiga teras iaitu pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pembangunan komuniti.

Advertisements

Razman berkata, kanak-kanak terbabit bersama penjaga mereka menerima peruntukan untuk membeli baju raya yang baharu di AEON, Sunway Pyramid.

Mereka dipilih khas oleh SAY itu terdiri daripada kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih, Pusat Kraftangan Komuniti Orang Asli Sungai Bumbun, Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah, dan juga Buku Jalanan Chow Kit.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya, Sunway bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi di lapangan untuk menyampaikan barang-barang keperluan asas, duit raya dan hidangan buka puasa kepada rata-rata 23,000 orang penerima manfaat.

Ini termasuk golongan gelandangan, B40, warga yang hidup dengan HIV (PLHIV), rumah anak yatim dan komuniti kurang berkemampuan.

Katanya, selain SAY, Sunway turut bekerjasama dengan Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Adab Youth Garage (AYG) dan Mutiara Food Bank.

“Jalinan kerjasama jangka panjang Sunway dengan MAF tahun ini dilaksanakan melalui program Sunway Food Bank, yang menyampaikan hidangan, barangan keperluan asas dan bantuan kewangan kepada lebih kurang 1,000 buah keluarga di seluruh negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan