26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Siti Nurhaliza luah syukur, kongsi malam ke-27 di Mekah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kembali menunaikan umrah di bulan Ramadan untuk tahun ini.

Dalam perkongsian terbaharu di media sosial Siti Nurhaliza, beliau berkongsikan suasana malam ke-27 ramadan di kota suci Mekah.

“Alhamdullillah… malam ke 27 di Mekah memang sangat dinanti nantikan oleh seluruh jemaah di sini.. Tahun ini jemaah yang datang sangat luarbiasa ramai, tetapi percayalah… pasti ada tempat kita yang Allah SWT sudah sediakan di dalam Masjidil Haram.

“Yang penting kena ikhlas, yakin dan sentiasa bersangka baik ya… Saya bersyukur sangat kerana Allah SWT sentiasa beri saya keistimewaan… Allah Maha Baik .. Syukur Ya Allah,” kongsinya di Facebook hari ini.

Kelmarin, Siti berkongsikan telah tiba di kota Madinah melalui satu video yang telah dimuat naik dalam media sosial beliau.

Advertisements

“Alhamdulillah, selamat tiba di kota suci Madinah. Mengubat kerinduan kepada Baginda Rasulullah SAW.

Dalam video lainnya, beliau juga menyebut ada magis yang berlaku dalam pertemuan dengan sahabatnya selain selesai memasuki Raudah atau Taman Syurga di Masjid Nabawi.

Penyanyi itu juga berkongsi beberapa foto dan video yang menyaksikan dirinya berada di sekitar Masjid Nabawi untuk menunaikan solat dan ziarah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan