30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Op Lancar bermula hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar selama dua hari bermula hari ini bagi memastikan kelancaran perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi kenyataan berkata, Op Lancar memfokuskan ke semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan kerana pergerakan pengguna jalan raya.

Katanya, seluruh jentera PDRM di lapangan melibatkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB).

“Rondaan bit serta risikan dan operasi, akan diatur gerak secara menyeluruh dan sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan negeri serta jalan perbandaran.

“PDRM juga akan mendapatkan kerjasama daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk membantu penugasan melancarkan aliran trafik,” katanya baru-baru ini.

Op Selamat 20 akan menyusul selepas berakhirnya Op Lancar dan akan diadakan selama lapan hari bermula 20 sehingga 27 April ini.

Sementara itu, beliau berkata, pengguna jalan raya diminta menyalurkan sebarang maklumat berhubung salah laku pemandu di jalan raya.

“Keprihatinan pengguna jalan raya untuk bersama-sama menyalurkan sebarang maklumat sama ada melalui rakaman video atau gambar mengenai tingkah laku pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undangz

“Ini agar tindakan dapat diambil dan (tindakan penyaluran maklumat) amat dipuji dan dihargai,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan