MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninjau pasar Chow Kit di ibu negara bagi memeriksa harga barang secara mengejut.
Menurutnya, bagaimanapun berdasarkan tinjauan tesebut, beliau berpuas hati apabila para peniaga menjual ayam, daging lembu dan kerbau import mengikut harga yang ditetapkan.
“Sementara, harga ikan serta sayur stabil dan tiada kenaikan yang melampau.
“Kebanyakan harga sayur turun kecuali cili kulai, tomato dan kacang buncis yang naik sedikit sekitar RM 1 hingga RM3,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Walaupun begitu, Salahuddin berkata, beliau kesal kerana kebanyakan peniaga masih gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan mereka.
Sehubungan itu, beliau menasihati peniaga agar mematuhi peraturan bagi mengelak tindakan diambil oleh para pegawai penguatkuasa KPDN. – Edisi 9

