25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai RM10.53 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DADAH seberat 249.3 kilogram bernilai RM10.53 juta yang cuba diseludup di Pulau Betong, Pulau Pinang pada 4 Disember 2020 telah dilupuskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua dadah jenis Methamphetamine dan Methylenedioxyamphetamine (MDMA) terbabit dilupuskan melalui kaedah musnah dan bakar di Kualiti Alam Sdn Bhd, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Ini selaras dengan peraturan di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PP) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.7 di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan pemusnahan boleh dilaksanakan setelah mendapat perintah mahkamah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir bagi memantau proses pelupusan dadah berkenaan di Port Dickson semalam.

Abd Razak berkata, proses pelupusan dadah ini telah dilaksanakan secara terkawal dengan mematuhi prosedur keselamatan agar ia tidak menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan serta membahayakan alam sekitar.

Advertisements

“Proses pelupusansecara kaedah pembakaran dengan menggunakan inkubator ini diuruskan olehsyarikat tempatan lantikan kerajaan,”katanya.

Berhubung dadah tersebut, beliau berkata, bahan itu dirampas menerusi Op Pertiwi oleh sepasukan bot pemintas Maritim Malaysia bersama Unit Risik setelah pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

Menyedari kehadiran Maritim Malaysia, penjenayah yang telah menaiki bot dengan dua enjin sangkut.

Pada ketika suspek telah mencampakkan lapan beg pakaian mengandungi hablur kristal dipercayai methamphetamine dianggar seberat 240 kg dengan sebuah beg lagi berisi tujuh bungkusan plastik lutsinar mengandungi pil pelbagai saizdan warna disyaki ecstasy seberat 9.3 kg.

Setelah kes selesai dibicarakan, pihak mahkamah telah membenarkan kesemua dadah terbabit dilupuskan pada 30 Disember tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan