27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Dua bersaudara maut dalam perjalanan ke Bazar Aidilfitri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HAJAT dua bersaudara yang dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri bagi membeli kelengkapan raya tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam nahas di Jalan Lendu, Masjid Tanah, Melaka, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd. Firdaus Yusof, 38, dan Muhammad Hasraf Amin Hasrin, 23, yang menaiki kereta Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Seorang lagi penumpang di bahagian belakang, Azizul Bin Hamis @ Jainy, 38, yang juga ahli keluarga mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Alor Gajah.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, kemalangan berlaku ketika ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Taman Dimenai, Lendu menghala ke bazar Aidilfitri di pekan Masjid Tanah.

“Setiba di lokasi kereta dipandu Muhammad Hasraf telah hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan. Akibat kemalangan itu, pemuda tersebut serta bapa saudaranya yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Advertisements

Ujar beliau lagi, Muhammad Hasraf merupakan pekerja kilang, manakala Mohd. Firdaus bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kelemak.

“Kita percaya kedua-dua mangsa ini dalam perjalanan ke bazar Aidilfitri bagi melakukan persiapan raya yang bakal disambut umat Islam pada minggu hadapan.

“Mayat mangsa telah diserahkan ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat yang akan dilakukan pada pukul 8.30 pagi ini,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan