27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: Agihan kerusi PH-BN capai 80 peratus

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGAGIHAN kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah mencapai 80 peratus.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, baki 20 peratus lagi masih memerlukan perincian sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Secara umumnya, 80 peratus kita sudah ada satu kesefahaman, cuma ada 20 peratus lagi yang memerlukan perincian dan kita nampak tidak ada masalah besar dalam perundingan, suasananya cukup positif dan sudah tentu setiap badan gabungan perlu kembali kepada parti masing-masing.

“Itu sahaja boleh saya katakan, selebihnya kita tunggu apabila kita sudah memuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Colek Bersama Media Kelantan, malam tadi.

Advertisements

Sementara itu beliau berkata, UMNO melihat PRN melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan pada tahun ini menjadi ‘ujian litmus’ pertama kerjasama BN-PH di peringkat persekutuan menerusi Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sifat realistik penting dan PRN dijadikan pentas pertama bukan sahaja menguji tetapi mahu melihat perkara yang boleh ditambah baik.

“Paling penting kerajaan yang ada perlu stabil dari segi ekonomi, pembangunan sosial. Disebabkan perbalahan politik lebih empat tahun lalu Malaysia sudah jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran,” katanya. –  BERNAMA

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan