24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penjawat awam jual air ketum ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang penjawat awam menjual dan mengedar air ketum menerima padah apabila dia ditahan polis di Presint 9, Putrajaya semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner, A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah malam di lobi sebuah kuarters penjawat awam di Presint 9 oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

Beliau berkata, suspek ditahan bersama dua botol cecair disyaki air ketum.

“Hasil siasatan susulan kemudian merampas lima lagi botol plastik disyaki berisi air ketum menjadikan keseluruhan yang dirampas sebanyak 10.5 liter.

Advertisements

“Kami juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah hartabenda,” katanya di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek memperoleh bekalan seminggu sekali dari pembekal di Kampung Labu Lanjut, Sepang dan menjual pada harga RM18 sebotol.

A. Asmadi berkata, suspek disyaki menjalankan aktiviti perniagaan air ketum di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dimana pelanggan tetapnya dalam kalangan kenalan.

“Sehubungan dengan itu, suspek di bawa ke IPD Putrajaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan