26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Pembenihan awan: Pulau Pinang mohon bantuan NADMA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Pulau Pinang memohon bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi menjalankan operasi pembenihan awan dengan segera di kawasan tadahan empangan sebagai usaha mengelak krisis air di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan berkata, surat rasmi permohonan bantuan itu telah diutus oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 30 Mac lalu.

Menurutnya, kapasiti efektif empangan Air Itam dan Teluk Bahang menyusut berikutan perubahan iklim dengan taburan hujan sangat rendah pada ketika ini.

“Pada 1 Januari lalu, kadar efektif Empangan Air Itam merekodkan 82.5 peratus namun ketika ini ia menyusut kepada 49.5 peratus.

“Situasi sama turut dialami di Empangan Teluk Bahang yang merekodkan kapasiti 64 peratus awal tahun lalu kepada 50.7 peratus.

“Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM400,000 bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air kedua-dua empangan itu, namun tiada syarikat yang boleh memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, Pulau Pinang mesti mengelak potensi krisis bekalan air yang boleh menyebabkan penderitaan kepada 1.74 juta orang dan menganggu semua aktiviti sosioekonomi yang telah menyumbang RM99 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tegar pada 2021.

-EDISI9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan