27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pemandu kereta terbabas di Genting ada 11 saman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 14.6 Jalan Genting Highlands, Bentong, Pahang semalam mempunyai rekod 11 saman.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong, Zaiham Mohd. Kahar berkata, video kejadian tular di Facebook milik ‘Joekim Mako’ yang memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu sebelum terbabas.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati pemandu berumur 27 tahun itu dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Gentinf Highlands.

“Apabila sampai di selekoh pemandu tersebut telah memotong sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan.

“Pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, IPD Bentong menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan telah mengesan pemandu tersebut untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Zaiham turut menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa memandu secara berhemah dan berhati-hati.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan agar tidak memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan merbahaya.

“Didik diri kita semua agar sentiasa berhemah dan patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan