34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kerajaan tanggung RM93 juta laksana Tol Rahmah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menanggung kira-kira RM93 juta bagi pemberian Tol Rahmah percuma kepada pengguna lebuh raya selama empat hari yang bermula hari ini (19 April).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemberian tol percuma dari hari ini hingga 21 April (Jumaat) dan juga pada 24 April (Isnin) membabitkan 33 lebuh raya utama negara adalah satu daripada aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau, jumlah itu adalah anggaran awal oleh Pejabat Belanjawan Negara untuk dibayar kepada konsesi yang terlibat.

“Anggaplah itu (pemberian Tol Rahmah) sebagai duit raya, ini sebahagian daripada duit rakyat juga yang kita berikan semula kepada rakyat bagi memberikan peluang kepada pengguna lebuh raya balik ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena Aidilfitri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Penyerahan Sumbangan 2023 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak Vijayen Nagalingham.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa berita gembira dalam perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri.

Ujar Anwar, pengecualian tol melalui Tol Rahmah itu diharap dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, hasil kutipan cukai LHDN di Sarawak tahun lepas mencatatkan sebanyak RM6.6 bilion.

“Tahun ini kita sasarkan hasil kutipan cukai sebanyak RM6.8 bilion, saya harap rakyat Sarawak yang layak membayar cukai masing-masing, sekiranya mengalami masalah boleh membuat pengakuan sukarela dari 1 Jun hingga 31 Mei tahun depan dan membuat rundingan dengan pegawai hasil untuk pembayaran,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan