29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Cassano serang Mourinho lagi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERANG mulut antara penyerang Real Madrid, Antonio Cassano dan bekas pengurusnya, Jose Mourinho kini masuk ke episod baharu.

Terbaharu, Cassano yang beraksi selama semusim setengah di bawah kendalian pengurus berbangsa Portugis itu mengkritik corak permainan kelab gergasi Sepanyol itu di bawah ‘The Special One’.

“Saya tidak mengkritik Mourinho sebagai seorang lelaki, saya tidak mengenalinya secara peribadi, saya saya tidak akan menilainya dalam aspek itu. Saya akan terus mengkritiknya dalam terma bola sepak.

“Dia akan diingati di (Real) Madrid kerana dia mengamalkan (taktikal) bola sepak yang teruk. Saya tahu di mana sepatutnya di letakkan trofi-trofi yang dimenanginya,” kata Cassano dalam aplikasi Twitch semalam.

Cassano beraksi selama satu musim setengah di Madrid, menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan sebelum kembali ke Serie A bersama Sampdoria pada 2007.

Dia juga pernah beraksi bersama Bari, AS Roma, AC Milan, Inter Milan dan Parma dengan merekodkan 112 gol dalam 400 perlawanan.

Advertisements

Mourinho sebelum ini membalas kritikan terdahulu Cassano susulan kemenangan Roma 1-0 ke atas Torino minggu lalu.

Pengurus itu berkata, Cassano hanya diiingati di Madrid kerana jaket (berlogo kelab) ketika diperkenalkan dalam sidang media sahaja.

Sementara itu, Cassano berkata, dia dipanggil ‘Gordito’ kerana berat badannya meningkat ketika beraksi bersama Real.

“Di Madrid, saya mempunyai dua jam tangan, empat cincin dan gaya rambut yang memalukan. Mereka panggil saya ‘Gordito’ kerana saya gemuk.

“Namun saya sertai Galacticos (barisan pemain bintang Real Madrid), bermakna saya fenomena atau istimewa.

“Kemudian saya lakukan kesilapan besar (gagal mengawal berat badan) dan itu adalah salah saya sendiri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan