Wednesday, July 22, 2026

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar meninggal dunia pada pukul 5.42 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Berita tersebut dikongsikan oleh anak Allahyarham Ahmad Zaini, Ahmad Qusyairi dalam hantaran di Facebook pada pukul 6 pagi.

Katanya, solat jenazah akan diadakan di Jitra dekat sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Changlun.

“Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Ahmad Zaini yang juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu menjadi wakil rakyat di Bukit Kayu Hitam sejak 2008 sebelum tewas kepada Datuk Halimaton Shaadiah Saad pada Pilihan Raya Umum 2018. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan