27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Warga asing ditahan, tangkap ikan guna bubu naga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot fiber di perairan Bagan Tengkorak, Tanjung Karang tengah hari kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan pada kedudukan kira-kira 3 batu nautika barat daya Bagan Tengkorak berpandukan hasil risikan yang dibuat.

“Ketika ditahan, dua nelayan warga Indonesia yang berumur 44 dan 29 tahun itu sedang menaikkan bubu naga ke atas bot mereka.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat lima set bubu naga kesemuanya dengan anggaran nilai keseluruan RM 250 atau RM 50 setiap satu set.

“Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen mendapati, salah seorang daripada nelayan warga Indonesia itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan diri yang sudah tamat tempoh,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, kata beliau, bot, bubu naga bersama kedua-dua nelayan warga Indonesia ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Kes akan siasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang Persekutuan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan