31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sektor kesihatan perlukan tambahan 20,945 pembantu perubatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERKHIDMATAN kesihatan negara memerlukan tambahan 20,945 perjawatan pembantu perubatan kepada 44,804 orang menjelang 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, berdasarkan kajian Sumber Manusia Untuk Kesihatan (SMuK) bahagian perancangan Kementerian Kesihatan, bilangan penduduk di negara ini dianggarkan mencecah 36 juta pada 2025 dan memerlukan tambahan 20,945 pembantu perubatan.

Ujarnya, bilangan pembantu perubatan di negara ini adalah seramai 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.

“Kita menjangkakan akan ada peningkatan dalam lingkungan 1,500 perjawatan termasuk pakar-pakar, perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan berterusan untuk memastikan penjawatan tetap itu dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. 

“Kekurangan ini menyebabkan peningkatan beban kerja, kerja lebih masa atau double shift yang akhirnya menyebabkan keletihan dan stress. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan.

“Oleh itu, kita menjangkakan perjawatan hampir 4,000 orang akan ditemu duga pada tahun ini dan selewat-lewatnya Julai, kita akan mulakan penetapan pegawai kontrak sedia ada. 

“Perkara ini akan diteruskan sehingga 2025 dengan Kementerian Kesihatan menjalankan data crunching tentang perjawatan tetap yang perlu diisi,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata dalam sidang media selepas majlis pelancaran Hari Pembantu Perubatan Ke-12 peringkat kebangsaan tahun 2023 di Putrajaya hari ini.

Seramai 18,438 pembantu perubatan berkhidmat di Kementerian Kesihatan sementara 4,891 pula berada di sektor swasta.

Daripada jumlah itu, seramai 4,450 orang pembantu perubatan yang masih berstatus kontrak manakala seramai 1,648 pembantu perubatan telah dilantik ke status tetap.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata Plan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P) mensasarkan sebanyak 75 peratus pembantu perubatan memiliki Ijazah pertama menjelang 2030. 

“Ketika ini terdapat dua buah universiti awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan sebuah universiti swasta, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang menjalankan program khusus di peringkat ijazah untuk pembantu perubatan.

“Sesi libat urus telah diadakan antara cawangan perkhidmatan pembantu perubatan dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta supaya membuka lebih banyak program ijazah pertama untuk mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan