31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Vila Arah MAKNA penginapan sementara pesakit kanser

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkenan berangkat merasmikan Vila Arah Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Gombak, Selangor.

Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada pukul 3 petang disambut Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid dan Orang Besar Daerah Gombak Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

“Vila Arah MAKNA merupakan rumah perantaraan ketujuh daripada MAKNA yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada pesakit-pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan seperti radioterapi dan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Rumah yang mula beroperasi November tahun lepas itu  dilengkapi dengan enam bilik dan 12 katil individu serta pelbagai kemudahan asas seperti Wi-Fi, bekalan asas dapur, ruang tamu, selain pengangkutan percuma pergi dan balik ke hospital,” katanya malam tadi.

Vila itu merupakan usaha kerjasama UIAM dan MAKNA rentetan daripada penganugerahan Anugerah Merit Ibnu Khaldun yang diterima MAKNA di Majlis Konvokesyen UIAM pada November 2019.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM turut berkenan meluangkan masa bersama beberapa pesakit kanser yang menghuni vila berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan