25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Shahrizat terima kekalahan dengan hati terbuka

Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta Tudung Merah dan semua ibu terbaik bangsa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Shahrizat Abdul Jalil menerima kekalahannya dengan hati terbuka dalam usahanya merebut semula jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang tewas kepada penyandang jawatan itu, Datuk Seri Noraini Ahmad bagaimanapun berasa bertuah apabila diberi peluang meraikan demokrasi dalam UMNO.

“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Seri Noraini Ahmad di atas kemenangan beliau dan mengekalkan jawatan selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dengan harapan Datuk Seri Noraini akan selepas ini membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam masa sama, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang turut berjaya mengekalkan jawatannya selaku Naib Ketua Wanita UMNO.

“Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta Tudung Merah dan semua ibu terbaik bangsa. Wanita UMNO menjadi sumber inspirasi saya sekian lama.

“Saya rasa bertuah diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO.

“Walaupun rezeki tak ada tapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini. Amin,” katanya.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi.

Shahrizat sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 iaitu selepas 11 tahun memimpin sayap wanita parti tersebut. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan