29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Asyraf Wajdi tekad perkasa agenda MARA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bertekad untuk menggunakan pengalamannya untuk memperkasa Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi MARA yang baharu sejak Jumaat lalu berkata, pengalamannya dalam bidang akademik, perbankan dan kewangan, korporat serta politik akan dimanfaatkan bagi tujuan itu.

“Insya-Allah dengan sedikit pengalaman saya dalam dunia akademik, dunia korporat perbankan dan kewangan, dan juga politik, dapatlah saya membantu memperkasakan lagi MARA yang merupakan institusi penting yang memfokuskan agenda pembangunan modal insan, pendidikan keusahawanan dan agenda memberdaya ekonomi dan pelaburan Bumiputera-Melayu.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Dr Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) atas kepercayaan ini,” katanya dalam Facebook semalam.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan kepadanya.

“Tak sempat saya membalas satu persatu. Cuma saya dengan rendah hati memohon doakan agar dapat saya melaksanakan amanah yang berat ini dengan berkesan, penuh berintegriti, dan yang paling utama sentiasa diberkati Allah,” katanya.

Asyraf Wajdi turut mengajak orang ramai memberikan pandangan dan persepsi berhubung institusi tersebut.

Advertisements

Semalam, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan beliau sendiri menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementerian itu.

“(Asyraf Wajdi) telah dilantik, bukan desas-desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah watikahkannya, pada Jumaat lalu (kelmarin),” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Johor.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai foto beliau menyampaikan surat pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang tular di Twitter.

Ciapan dimuat naik seorang pengguna Twitter semalam mengundang reaksi tidak senang rakyat yang mempertikaikan pelantikan Asyraf Wajid, yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Sebab itu bukan berita politik, maka ia adalah sahih,” jelas Zahid lagi.

Sebelum ini, jawatan Pengerusi MARA disandang Datuk Azizah Mohd Dun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan