27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Rinani sah pemilik KL City FC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FIRMA perunding kewangan, Rinani Group Berhad kini sah menjadi pemilik kelab Kuala Lumpur City FC (KL City FC) selepas memperoleh pegangan majoriti dalam Kuala Lumpur City FC Sdn. Bhd.

Pengarahnya, Azri Azerai berkata, menerusi pemilikan tersebut, syarikat itu berjanji untuk membawa KL City FC ke peringkat lebih tinggi termasuk dalam pengurusan aliran keluar masuk wang kelab.

“Melalui perjanjian penjualan saham (SSA) ini, secara rasmi menjadikan Rinani sebagai pemilik majoriti KL City FC. Kami berjanji untuk membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi dengan menumpukan perhatian kepada kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja serta menjanjikan peminat kami penglibatan dan pengalaman yang lebih baik untuk nilai wang mereka.

“Selain permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan untuk KL City FC agar dapat mampan dan terus mengekalkan kelab itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut Azri berkata, sebagai pemilik baharu mereka akan cuba mengadakan kerjasama dengan syarikat korporat dan memastikan sumber kewangan kelab terjamin.

“Terima kasih KLFA atas semua yang telah mereka lakukan selama ini untuk kelab dan kami akan membinanya untuk membawa KL City FC ke peringkat seterusnya. 

“Kami akan berusaha ke arah mengadakan lebih banyak kerjasama korporat dan penajaan untuk kelab itu mampan dari segi kewangan serta memastikan tahap latihan yang boleh membawa kelab ke peringkat antarabangsa,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAS sahkan Sungai Tebrau dicemari bau busuk, berminyak

JABATAN Alam Sekitar (JAS) mengesahkan beberapa kawasan Sungai Tebrau, Johor dicemari dengan bau busuk dan permukaan sungai mempunyai lapisan...

Lagi Artikel Berkaitan