30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Dua jiran ditemukan maut terperangkap banjir di Segamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA warga emas melibatkan seorang lelaki dan wanita ditemui lemas di rumah masing-masing di Chaah Segamat, Johor, 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mereka yang maut dikenali Lee Amo Yee, 78 tahun dan Tan Sue Ke, 74 tahun.

Menurutnya, warga emas yang ditemukan itu bukan pasangan suami isteri tetapi jiran yang tinggal di kawasan sama.

“Kedua-dua mangsa tinggal berseorangan di rumah masing-masing. Kejadian dipercayai berlaku apabila air naik setinggi dua meter atau mencecah paras bumbung.

“Akibat banjir ini, kita kehilangan dua lagi nyawa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang terperangkap di dalam rumah, “ katanya kepada pemberita dalam  sidang media di IPD Segamat, Johor, hari ini.

Banjir di Segamat turut menjejaskan kawasan perumahan polis di Chaah dan Bandar Segamat, melibatkan lebih 169 keluarga pegawai serta anggota polis.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan