32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Rafizi nafi ekonomi negara lebih teruk tahun ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEADAAN ekonomi Malaysia masih berada pada tahap yang kukuh dan stabil pada tahun ini walaupun negara turut mengalami cabaran ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, keadaan ekonomi kekal stabil dengan mengambil kira semua sektor ekonomi telah pulih kecuali pertanian berpandukan data yang diperoleh.

“Mengikut unjuran dan data prestasi ekonomi negara sekarang, Insya-Allah tidak akan menjadi lebih teruk berbanding zaman Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) menjadi Perdana Menteri.

“Data-data ekonomi yang ada tidak menyokong seperti yang Pagoh dakwa keadaan ekonomi negara akan lebih teruk pada tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat pada hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang ingin mengetahui langkah pemulihan ekonomi yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan tiada pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan pada fasa ekonomi yang mencabar pada ketika ini.

Tambah Rafizi, kerajaan mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam menguruskan ekonomi negara untuk mengelak peningkatan defisit serta mewarisi bebanan hutang yang tinggi dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuat suntikan fiskal dalam persekitaran ekonomi antarabangsa yang mengenakan faedah tinggi.

Baca juga:   Perolehan vaksin: Muhyiddin tak sebut, media salah lapor - Khairy

“Kami mewarisi ekonomi negara dengan bebanan hutang yang tinggi seperti ditinggalkan Pagoh ketika menjadi Perdana Menteri dengan bayaran hutang RM40 billion lebih setiap tahun.

Baca juga:   Amaran ribut petir, hujan di Pahang, NS, Melaka, Johor

“Kerajaan ada cara lain bantu dan menjaga kumpulan PMKS tetapi bukan dengan pendekatan berhutang seperti diamalkan PN ketika menjadi kerajaan dulu,” jelasnya. – EDISI9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan