Thursday, June 4, 2026

Murid perempuan maut digilis treler ketika pulang dari sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah dalam kejadian yang berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.

Beliau berkata, setiba dilokasi, pihaknua mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler jensi Scania dan sebuah motosikal jenis Honda Dash.

“Daripada siasatan mendapati treler berkenaan telah melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Sebelum kejadian berlaku, wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

“Akibat kemalangan tersebut, pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan