25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Malaysia, Sepanyol jalin kerjasama terokai bidang STI

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Sepanyol hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menjalinkan kerjasama lebih besar dan hubungan dua hala lebih erat bagi kedua-dua negara.

Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) menerusi kenyataan berkata, teras utama MoU adalah untuk menggalakkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pertukaran kepakaran, persidangan saintifik, penggunaan kemudahan saintifik dan sebarang bidang kerjasama lain dalam rangka kerja MoU.

Katanya,  memorandum itu ditandatangani Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha Penyelidikan, Kementerian Sains dan Inovasi (MCIN) Sepanyol,  Raquel Yotti hari ini.

“MoU ini akan menjadi pemangkin kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta menjalin hubungan dua hala yang lebih erat ke arah kemajuan ekonomi.

“Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua negara bersedia meneroka kerjasama dalam bidang STI termasuk bioteknologi, angkasa sains, bahan dan pembuatan termaju, katanya.

Antara program yang berjaya menandakan kerjasama antara Malaysia dan Sepanyol ialah Malaysia Spain Innovating Programme (MYSIP).

MYSIP adalah program bersama antara kumpulan industri-kerajaan Malaysia bagi teknologi tinggi (MIGHT), sebuah agensi di bawah MOSTI; Kementerian Pengajian Tinggi dan Pusat Pembangunan Teknologi Industri (CDTI), Sepanyol.

MYSIP membolehkan penerokaan peluang perniagaan baharu melalui perkongsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri yang kukuh ke arah pengkomersilan serta projek kerjasama R&D&I yang diterajui perniagaan antara entiti, termasuk syarikat pemula dari kedua-dua negara. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan