32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

LLM lancar sistem pembayaran tol secara terbuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi bekerjasama melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka (Open Payment System) dengan mengambilkira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.

LLM menerusi kenyataan berkata, pihaknya menyambut baik saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka (Open Payment System).

“Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka ini juga adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan ketika ini.

“Ini adalah merupakan langkah yang tepat dalam usaha kerajaan memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” katanya.

Ujar LLM, komitmen dan sokongan berterusan pengguna amatlah diharapkan untuk penambahbaikan pengoperasian lebuh raya bertol.

“Pihak LLM sentiasa mengalu – alukan pandangan daripada pengguna lebuh raya,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Aksi bawa padah, empat samseng jalanan ditangkap polis


Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan