26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KPM, KKM pantau mutu, kebersihan makanan di kantin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan mutu dan kebersihan makanan yang dijual dan disediakan oleh pihak pengusaha kantin dan kontraktor dewan makan asrama di sekolah.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, kerjasama KPM dengan pihak KKM dalam aspek pemakanan sihat di sekolah meliputi menyediakan cadangan menu sihat di kantin serta dewan makan asrama sekolah.

“Selain itu, mengeluarkan senarai makanan dan minuman yang dilarang dijual di sekolah, menyediakan borang penilaian kendiri pengusaha kantin sekolah, memantau keselamatan dan kualiti makanan di kantin serta
dewan makan asrama sekolah dan penggredan kantin sekolah.

“Pihak KKM dari semasa ke semasa menyediakan bahan dan informasi pemakanan sihat untuk disampaikan kepada warga sekolah,”katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, katanya, pihak KKM juga terlibat sebagai penasihat kepada KPM dalam penyediaan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat.

Advertisements

“Selain daripada pemantauan oleh pihak KPM, pihak KKM juga melaksanakan pemantauan kantin serta dewan makan asrama sekolah secara berkala.

Katanya, KKM mensasarkan sebanyak 40 peratus pemantauan liputan kantin sekolah, 25 peratus pemantauan pengendalian Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan 20 peratus pemantauan dewan makan asrama sekolah pada tahun 2023.

“KPM juga bekerjasama dengan KKM dalam melaksanakan Amalan Program Keselamatan Makanan (ProKeM) di dapur asrama sekolah KPM sejak tahun 2021.

“Melalui program ini, pihak KKM memantau dan mengeluarkan sijil penghargaan kepada asrama sekolah yang mematuhi penyediaan makanan
sihat,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan