30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lawatan PM ke Arab Saudi kukuh hubungan Putrajaya-Riyadh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAWATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini disifatkan sangat berhasil, malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan.

Ianya kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi sekaligus menepis cubaan pihak-pihak yang cuba menggariskan lawatan berkenaan sebagai satu bentuk kegagalan dan pembaziran dana rakyat.

“Saya mengambil maklum terhadap suara-suara dari beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini tatkala saya turut bersama dalam delegasi bersama Perdana Menteri ke sana.

“Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana beliau mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Makkah selain menyaksikan beberapa pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri.

“Selain itu turut menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam dan juga menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi.

“Meski cubaan mereka untuk menggariskan lawatan berkenaan sebagai satu bentuk kegagalan dan pembaziran dana rakyat, saya ingin menegaskan bahawa lawatan tersebut sangat berhasil, malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan, “katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Beliau berkata, ingin dimaklumkan juga pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta untuk lawatan ini dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan kerajaan Arab Saudi.

“Namun, Perdana Menteri terpaksa menolak secara baik kerana beliau telah dijadualkan untuk hadir ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.

“Perdana Menteri juga akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Cambodia pada Isnin ini, seterusnya Hainan dan Beijing pada Rabu bagi bertemu Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Premier Li Qiang.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha dan upaya kerajaan perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan