30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ahmad Maslan kongsi info pengeluaran KWSP untuk haji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsikan maklumat berkenaan urusan haji melalui kaedah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkongsian menerusi hantaran media sosial Facebook beliau itu adalah susulan terdapat indvidu yang bertanyakan kaedah serta syarat Skim Pengeluaran Haji yang berkuatkuasa sejak tahun 2013.

Menurut beliau, secara ringkasnya, individu yang boleh memohon ialah individu di bawah usia 55 tahun, dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) selain tidak pernah memohon pengeluaran haji sebelum ini serta simpanan mencukupi.

Hantaran tersebut turut berkongsikan berapa jumlah carumah yang boleh dikeluarkan.

“Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki akaun 2, mengikut mana yang lebih rendah,” kongsinya semalam.

Dalam pada itu,  pemohon juga perlu mengemukakan dokumen MyKad, surat tawaran dari LTH dengan status “dipilih” dan penyata akaun LTH yang terkini.

“Jumlah pengeluaran perlu dibayar balik jika ahli membatalkan atau penangguhan ibadat haji (jumlah penuh perlu dipulangkan semula ke KWSP).

Manakala, ujar perkongsian itu lagi, bagi kes ahli meninggal selepas pengeluaran dibuat, waris tidak perlu memulangkan semula dan boleh dituntut tertakluk kepada prosedur LTH terkini.

Advertisements

Memetik sumber BH Online, hampir RM12 juta dikeluarkan oleh 4,337 pencarum KWSP untuk menunaikan ibadat haji sejak diperkenalkan pada 2013.

Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP itu mula diperkenalkan pada hujung 2012 dan pengeluaran bermula Januari 2013.

Ketua Strategis KWSP, Nurhisham Hussein, berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah pengeluaran yang dibenarkan, jika ada permintaan daripada kerajaan.

Terdahulu, kos ibadat haji naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

Bagi jemaah golongan B40, kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M, oleh itu bayaran jemaah muasasah kumpulan itu kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

Untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus dan hanya perlu bayar RM15,980.

Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan