32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Jangan muat naik, kongsi kandungan babitkan 3R – SKMM

SKMM mengingatkan orang ramai tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan berbaur kebencian membabitkan elemen perkauman, agama dan institusi diraja (3R) di media sosial.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan berbaur kebencian membabitkan elemen 3R di media sosial dan aplikasi pemesejan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkata, ia susulan beberapa insiden membabitkan elemen 3R iaitu merujuk Race (kaum), Religion (agama), Royalty (raja-raja) sejak kebelakangan ini.

Katanya, insiden sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian dalam negara.

“Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan atau gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan mereka.

“Sehubungan itu, MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Jagung Bijian topik bincang kukuh perdagangan pertanian

Beliau berkata, perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terbabit demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,”katanya.

Pada masa sama, Mohamad Salim turut menggesa pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi pemesejan menggunakan kuasa editorial mereka untuk menguruskan komen-komen daripada netizen di platform masing-masing.

Baca juga:   PAGU desak SKMM segera haramkan Sugarbook

“Penyedia platform media sosial pula diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam menurunkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan,” katanya.

Kandungan berbaur hasutan, provokasi atau menghina agama, institusi diraja dan perkauman boleh dilaporkan kepada SKMM dengan segera.

Ia boleh disalurkan melalui portal aduan di https://aduan.skmm.gov.my/, talian aduan: 1800-188-030, WhatsApp 016 2206 262 dan e-mel [email protected].

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan