29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Dasar bumiputera perlu jadi keutamaan kerajaan

Kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan dasar dan agenda bumiputera dalam dasar pembangunan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DASAR mengenai bumiputera mesti menjadi keutamaan kerajaan dan tidak boleh dikompromi sama sekali, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pago itu berkata, ia selaras dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) telah disepakati untuk menjadi tonggak wawasan negara sehingga tahun 2030 malah termaktub dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diluluskan Parlimen.

“Berdasarkan jawapan (Ahli Parlimen) Papar pada 23 Februari lalu, nampaknya
kerajaan mengambil pendekatan yang agak terburu-buru dalam menggantikan dasar WKB2030 dengan konsep baharu Malaysia Madani yang masih belum jelas perancangannya,” katanya.

Bekas Perdan Menteri itu berkata demikian dalam Perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin berkata, agenda bumiputera sebenarnya telah diberi penekanan khusus dalam WKB 2030 sebagai kesinambungan dasar-dasar kerajaan terdahulu iaitu Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (1990-2000).

“Di bawah gagasan besar WKB2030 ini, Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) telah pun ditubuhkan yang berfungsi sebagai sebuah mekanisme pemantauan di peringkat tertinggi untuk memastikan semua sasaran golongan bumiputera dapat dicapai.

“Sebaliknya, sehingga kini, saya tidak melihat agenda ini disebut secara jelas dalam Dasar Malaysia Madani mahupun dalam mana-mana komitmen kerajaan campuran pada hari ini.

“Justeru dalam hal ini, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan dasar dan agenda bumiputera dalam dasar pembangunan negara,” katanya.

Advertisements

Ujar beliau, kajian impak berkaitan status pencapaian syarikat bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi yang telah dibantu serta menerima manfaat dari pakej dan inisiatif kerajaan perlulah dibentangkan.

“Ini amat penting bagi melihat sejauh mana dasar-dasar berkaitan, benar-benar memberi manfaat kepada golongan bumiputera.

“Ini termasuk memperincikan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak kerajaan serta mekanisme pemantauan selaras dengan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini,”katanya,

Muhyiddin berkata, dalam RMK-12 misalnya, antara penekanan yang diberi termasuk sasaran pertambahan sumbangan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bumiputera sebanyak 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Bagi mencapai sasaran ini, usaha memperkasa golongan bumiputera perlu dipergiat menerusi pembiayaan dan pelaksanaan program keusahawanan seperti Dana Kemakmuran Bumiputera.

“Seperkara lagi ialah mengenai Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Yayasan Ekuiti Nasional yang hendak disatukan.

“Saya ingin bertanya adakah kerajaan telah menimbangkan dengan sebaik-baiknya keputusan ini? Ini kerana ketigatiga entiti ini mempunyai fungsi yang berbeza dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat bumiputera dari segi pemilikan wang simpanan, hartanah dan ekuiti.

“Tidakkah penggabungan ketiga-tiga entiti ini akan menyebabkan fungsi setiap entiti tersebut luntur dan seterusnya menjejaskan pencapaian sasaran pemilikan kekayaan Bumiputera,”soal beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan