31.3 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

61 notis dikeluarkan ke atas pengusaha pelancongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mencatatkan 394 bilangan pemeriksaan dengan 61 notis pemeriksaan dikeluarkan penguatkuasa ke atas pengusaha pelancongan bagi dua bulan pertama tahun ini.

MOTAC menerusi kenyataan berkata, sepanjang tahun 2022 sebanyak 327 bilangan pemeriksaan dengan 71 notis pemeriksaan dikeluarkan kepada pengusaha pelancongan.

“Berdasarkan rekod MOTAC, terdapat peningkatan bilangan kenderaan dan premis pengusahaan pelancongan yang diperiksa dan diberikan notis pemeriksaan untuk siasatan.

“Bagaimanapun, menerusi kerjasama strategik MOTAC dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (JSJK, PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuahkan hasil.

“Pemeriksaan dilakukan seperti menerusi sekatan jalan raya (SJR) bagi kenderaan persiaran untuk pemeriksaan penggunaan khidmat pemandu pelancong, penggunaan kenderaan selain kenderaan persiaran yang telah dilesenkan.

“Selain itu, pemeriksaan turut dilakukan ke atas pengendali kenderaan persiaran yang tidak berlesen serta penyiasatan perusahaan pelancongan, risikan,”katanya.

Baca juga:   Anggota polis cedera digilis, ditikam pengedar dadah

Bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama strategik itu, kata MOTAC, kementerian telah melantik Pengarah MOTAC Negeri dan pegawai kanan sebagai pegawai perhubungan (focal person) kepada rakan strategik JSJK, PDRM dan JPJ di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri.

Ujar MOTAC, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JSJK, PDRM dan JPJ atas kerjasama erat di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri dalam menguatkuasakan kedua-dua Akta MOTAC iaitu Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] serta peraturan-peraturan di bawahnya.

Baca juga:   MOTAC bakal kemuka SOP baharu umrah kepada MKN

“MOTAC yakin dengan kerjasama strategik PDRM dan JPJ akan melonjakkan semula nama Malaysia sebagai destinasi ideal pilihan utama pelancongan global yang menarik dan selamat,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Warga emas maut dalam perjalanan balik rumah

SEORANG pemandu warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3.9 Lebuhraya Kemuning, Shah Alam, pagi tadi. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan