28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

SPRM bekukan akaun bank Bersatu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank Bersatu.

Tindakan tersebut berlaku sehari selepas parti terbabit mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.

Pembekuan akaun berkenaan disahkan oleh sumber dalaman parti berkenaan yang mana khabar pembekuan tersebut sudah mula disebut-sebut sejak Ahad lalu.

Semalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru PKR dan DAP melakukan perkara sama.

Tindakan itu dibuat bagi menepis dakwaan Bersatu terima RM4 bilion dari RM92.5 bilion dana Pakej Rangsangan Ekonomi ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Kini media hanya menunggu kenyataan media dari SPRM.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan