25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

SMART selamatkan 5 mangsa hidup, laungan takbir iringi kejayaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya menyelamatkan lima sekeluarga semalam setelah mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan kediaman susulan kejadian gempa bumi di Turkiye.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan kejayaan berkenaan.

Menurut NADMA, kesemua mangsa terperangkap sejak enam hari lepas akibat gemba bumi dahsyat yang melanda kawasan itu.

“ 11 Februari 2023, Alhamdulillah Pasukan MAS – 01 SMART, NADMA dilaporkan telah menemui enam mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan.

“Lima telah berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang lagi sedang dalam usaha dikeluarkan menggunakan K9 dan pengesan elektronik.

“Mangsa terakhir yang sedang diusaha untuk dikeluarkan adalah seorang bayi,” katanya semalam.

Ujar NADMA, pasukan SMART turut menggunakan alat kamera Iris untuk mengesan bayi dan mangsa lain jika masih ada.

“Semoga semua proses dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.

Dalam hantaran berlainan, NADMA berkongsikan video berdurasi 45 saat memaparkan detik-detik kejayaan pasukan SMART dalam membawa mangsa runtuhan yang masih bernyawa.

Bahkan, laungan takbir jelas mengiringi semasa pasukan menyelamat mengusung mangsa gempa bumi untuk mendapat rawatan lanjut.

Memetik laporan Bernama, Pegawai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MAS-01 SMART, Insp Muhamad Zul Khairi Idris berkata, takbir Allahu Akbar! dilaungkan ketika saat mangsa pertama, remaja lelaki dibawa keluar pada 1:20 tengah hari (6:20 petang waktu Malaysia) perasaan sebak dan sedih dirasai diri beliau dan anggota pasukannya.

Menahan diri daripada terbawa-bawa perasaan itu, Muhamad Zul Khairi dan anggota kumpulannya tahu mereka memikul tanggungjawab dan harapan yang besar daripada rakyat tempatan untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Satu demi satu mangsa berjaya dikeluarkan selepas itu, si kakak, si ibu, kakak sulung dan si bapa berjaya dibawa keluar dan pada pukul 2:20 petang (7:20 malam waktu Malaysia) dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan tempatan.

Muhamad Zul Khairi berkata pasukan beliau seramai 24 anggota dan seekor anjing pengesan (Frankie) bergerak ke kawasan runtuhan berkenaan yang merupakan kawasan baharu hasil maklumat daripada pasukan peninjau yang terletak 1.3 kilometer dari kem pasukan penyelamat negara di Stadium Nurdagi pada pukul 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Pada pukul 1 tengah hari (6 petang waktu Malaysia) pasukan tempatan memberitahu terdapat bunyi di bawah runtuhan, kami kemudian menggunakan peralatan Life Detector Six Sensor System and Victim Simulator (Delsar) berjaya mengesan mangsa yang terperangkap sedalam dua meter di bawah runtuhan.

“Pada mula kami jangka terdapat 3 mangsa yang terperangkap, tetapi melalui komunikasi menerusi peralatan Delsar mangsa memberitahu terdapat 5 mangsa terperangkap bersama-sama di dalam ruangan di bawah runtuhan,” katanya

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan