30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

ROS beri UMNO tempoh 60 hari buat penjelasan – Zahid

Zahid yakin PAU 2022 baru-baru ini mengikut peraturan mesyuarat ditetapkan dan perlembagaan parti.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO diberi tempoh 60 hari untuk memberikan penjelasan terperinci kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu dua jawatan tertinggi tidak dipertanding pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan akan memenuhi permintaan dan memberikan butiran maklumat yang diperlukan itu.

“Saya yakin bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) baru-baru ini mengikut peraturan mesyuarat ditetapkan dan perlembagaan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 2023, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad telah mengadakan dua pertemuan dengan ROS yang turut disertai penasihat undang-undang parti itu.

Mengulas lanjut, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah lebih adil jika ROS mendengar penjelasan dan aduan kedua-dua belah pihak bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan ahli dan kepimpinan.

“Kami tidak mahu tidak timbul soal tafsiran dan intepretasi pelbagai dalam parti. Peranan ROS sepatutnya menjaga ahli-ahli pertubuhan didaftarkan berdasarkan perlembagaan,” katanya.

Pada 31 Januari lalu, Zahid berkata, UMNO telah memberi penjelasan kepada ROS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 untuk jawatan nombor satu dan dua yang tidak akan dipertandingkan.

Zahid berkata, beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah ROS, Mohd. Nawardi Saad dan timbalannya di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya dengan membawa dokumen disediakan peguam.

Pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO bertindak menghantar aduan kepada ROS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022.

PAU 2022 sebelum ini meluluskan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Untuk rekod, Zahid menang jawatan Presiden untuk tempoh 2018-2021 pada Pemilihan UMNO 2018.

Beliau menewaskan pencabarnya termasuk Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sementara, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menang kerusi Timbalan Presiden dengan 75 undi menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan