26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PM doa usaha pasukan SMART di Turkiye dipermudahkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat bertugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye.

Beliau turut mendoakan usaha pasukan SMART dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah terjejas akibat bencana gempa bumi di negara itu dipermudahkan.

“Pasukan SMART selamat tiba di Turkiye bagi menyertai misi SAR. Saya ucapkan selamat bertugas dan mendoakan usaha kalian dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Semalam media melaporkan pasukan SMART yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 5.50 pagi waktu tempatan (10.50 pagi waktu Malaysia).

Malaysia menjadi negara terawal menghantar bantuan pasukan mencari dan menyelamat ke Turkiye kurang 24 jam selepas gempa pertama berlaku.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, pasukan itu mempunyai kepakaran yang lengkap dengan penglibatan 60 anggota SMART, enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Perkara itu didedahkan beliau dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, semalam.

Menurut Meor Ismail lagi, sebahagian besar peralatan antaranya peralatan operasi, telekomunikasi, penjana elektrik serta pakaian bersesuaian telah diterbangkan menggunakan penerbangan komersial disediakan Kedutaan Turkiye dengan kerjasama Wisma Putra, manakala sebahagian lagi akan menggunakan perkhidmatan kargo.

Menurutnya, pasukan tersebut diiktiraf Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 dan dibenarkan menjalankan operasi SAR secara kendiri dan tidak perlu diuruskan.

“Kita sudah berpengalaman dalam operasi ketika bencana. Kita sudah pergi ke Turkiye pada 1999, Gujarat, India (2000), Acheh, Indonesia (2004), Pakistan (2005), Filipina (2006) dan Nepal (2015),” katanya.

Menurutnya, mengikut prosedur antarabangsa, pasukan itu akan berada di Turkiye selama 14 hari sebelum mereka perlu pulang ke Malaysia dan sebarang keputusan untuk menghantar pasukan yang baharu akan ditentukan kelak.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan