27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Belanjawan 2023 ambil kira cabaran ekonomi semasa – PM

Cabaran terbesar merangka Belanjawan 2023 adalah mencari dasar yang seimbang untuk menarik pelabur.

Mesti Baca

BELANJAWAN 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mempertimbangkan daya saing, kecepatan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.

“Kita ketinggalan dalam (bidang-bidang itu) berbanding Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kita mesti depani hal-hal ini untuk memastikan kita berdaya saing,” kata beliau.

Anwar berkata demikian pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, cabaran terbesar merangka Belanjawan 2023 adalah mencari dasar yang seimbang untuk menarik pelabur serta melindungi rakyat Malaysia terutama golongan miskin tegar.

“Kadangkala ada pertembungan sedikit. Saya selalu sebut perbenturan idea dan dasar. Ini dapat jadi contoh bagaimana kita dapat terjemahkan Madani dalam pertumbuhan ekonomi.

“Fokus kita bukan soal kaum atau daerah. Fokus kita adalah rakyat. Saya tidak mahu boleh tidur nyenyak jika rakyat merasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh pemimpin negara,” kata Anwar.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan