28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam kotak sampah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT bayi dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam sebuah beg dalam kotak sampah berhadapan sebuah rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, mayat bayi perempuan dalam keadaan berbalut kain itu ditemuikan pekerja pengutip sampah pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi sistem MERS 999 berhubung kes pembuangan bayi di lokasi kejadian pada jam 10.05 pagi.

Advertisements

“Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh datang ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan