32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Sekretariat tetap diwujud bagi menyelaras program TVET – TPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU sekretariat tetap akan diwujudkan bagi menyelaras Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang membabitkan lebih 1,000 institusi itu di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pewujudan sekretariat itu bagi memastikan peruntukan sebanyak RM6.7 bilion bagi TVET tahun lalu dibelanjakan dengan lebih efektif dan efisien.

Beliau berkata, ekosistem TVET juga akan ditambah baik secara menyeluruh dengan mengenal pasti bidang-bidang utama yang boleh meningkatkan kebolehpasaran.

“Ini sebagai usaha memangkin TVET ke arah keusahawanan dan melihat kembali akta yang berkaitan TVET untuk diperhalusi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) hari ini.

Mesyuarat pertama MTVET itu melibatkan 12 buah kementerian.

Zahid berkata, kerjasama yang lebih berkesan juga perlu dilakukan bersama pihak industri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam pelaksanaan program-program TVET berimpak tinggi.

Baca juga:   Lima hala tuju baharu UMNO digariskan, bergerak ke hadapan

“Insya-Allah usaha-usaha berterusan akan dilakukan bagi menjadikan TVET sebagai salah satu cabang kemajuan negara,” kata beliau.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet bersetuju untuk mengadakan kerjasama strategik kerajaan-swasta dan GLC bagi memperkasakan sektor TVET negara.

Beliau berkata, kerjasama strategik itu yang membabitkan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) antara lain melatih dan mengurus pelatih dengan menggunakan kepakaran sedia ada bagi memenuhi keperluan industri terbabit. – Edisi 9

Baca juga:   Ada pihak membeli-belah demi pertahan kuasa

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan