32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Wan Saiful janji suarakan isu pengeluaran KWSP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berjanji akan menyuarakan lagi desakan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar pada sidang Parlimen akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, usaha mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran berkenaan memerlukan kemahuan politik untuk melaksanakannya.

“KWSP bersasar ini memerlukan political will untuk melaksanakannya. Saya akan suarakan lagi dalam sidang parlimen akan datang. Setuju atau tidak?,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Hantaran beliau itu mendapat maklum balas positif daripada warganet.

Seorang warganet Nor Riza Omar berkata, Alhamdulillah syukur, terima kasih Datuk kerana sentiasa mendengar rintihan rakyat yang sedang susah ini.

“Harap sangat Datuk bawa suara kami tentang KWSP bersasar ini,” katanya.

“Setuju sangat YB….Tolonglah suarakan untuk kami kerana kami sangat-sangat memerlukan,” ujar Aizam Sha Bekeries.

Baca juga:   Lebih 110 ahli Parlimen masih bersama kerajaan - Ismail Sabri

Sementara itu, tidak kurang juga yang mohon Ahli Parlimen berkenaan mendatangkan alternatif lain dalam membantu rakyat.

Kata Shafiq Ahdan, carilah idea lain YB.

“Ini idea recyle.. Boring,” katanya.

Abdul Azim Roslan pula berkata, kenapa perlu guna duit rakyat, gunalah sumber kerajaan untuk bantu rakyat.

Sebelum ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIRM) mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran segera KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir menegaskan, ramai pencarum yang mengharapkan simpanan berkenaan ekoran terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Baca juga:   Apakah impak Covid-19 baru bermula?

Katanya, pencarum tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP semata-mata, namun tiada pilihan lain kerana amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan