26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiga penuntut IPTS ditahan edar ganja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor ditangkap polis selepas terbabit dalam kegiatan mengedar dadah jenis ganja, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melakukan dua serbuan di asrama milik IPTS terbabit.

Menurutnya, pada serbuan pertama pada 12.15 tengah malam, polis menahan dua lelaki dan merampas sebekas plastik berisi satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 34.3 gram.

“Serbuan kedua yang dilakukan pada 12.30 tengah malam pula menahan seorang lelaki dan merampas sebekas plastik berpenutup hijau yang mengandungi tiga ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 868.7 gram).

“Ketiga-tiga lelaki berusia 20-an yang ditahan adalah pelajar di institusi pengajian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Wan Azlan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek dapati positif dadah jenis THC dan tidak memiliki sebarang rekod lampau.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B akta yang sama dan direman bagi membantu siasatan.

“Kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam tangkapan kes dadah yang membabitkan warga muda terutamanya dalam kalangan pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi,” katanya.

“Pihak polis menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya selepas waktu pembelajaran supaya golongan ini tidak terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan masa hadapan mereka dan juga merugikan negara,” katamya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan