25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Langkah tepat, bukan seperti ‘sebelah sana’

Peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan Bersatu disifatkan sebagai satu rasa tanggungjawab.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan Bersatu sebagai langkah tepat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, langkah diambil Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebagai tanda bertanggungjawab walaupun beliau baru sahaja didakwa di mahkamah.

“Langkah tepat Datuk Wan Saiful Wan Jan. Walaupun baru sahaja didakwa dan belum didapati bersalah, terus umumkan letak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Bukan seperti ‘sebelah sana..’,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Wan Saiful mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengesahkan peletakan jawatan Wan Saiful selaku Ketua Penerangan parti itu, berkuat kuasa hari ini. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan