30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Guru diberi pilihan rekod PBD luar talian, menerusi SPPB

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GURU-GURU telah diberi autonomi untuk memilih sama ada merekod dan melaporkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

KPM dalam satu kenyataan berkata, templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.

“KPM amat prihatin akan isu yang dihadapi oleh para guru untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD murid bagi sesi akademik tahun 2022/2023 dalam SPPB KPM.

“KPM memutuskan, guru diberi autonomi untuk memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD secara luar talian atau menggunakan SPPB (secara hibrid).

“KPM komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Bulan lalu, KPM mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan aplikasi utama guru bagi pelaksanaan PBD secara dalam talian.

Langkah itu bagi meningkatkan kestabilan capaian melibatkan beberapa aplikasi utama iaitu Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) dan Sistem Pengurusan Identiti (idMe) yang merupakan sistem Daftar Diri Tunggal (Single Sign On – SSO) bagi setiap pengguna aplikasi KPM.

Gangguan capaian sistem itu mula dikesan pada 15 Januari lalu disebabkan trafik capaian amat tinggi daripada pengguna sistem iaitu para guru yang sedang melaksanakan PBD.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada minggu lalu dilaporkan berkata, pihaknya akan mengumumkan langkah bagi mengatasi masalah itu pada minggu ini.

-tamat-

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan