28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KPDN bangunkan aplikasi direktori Menu Rahmah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam proses membangunkan aplikasi Menu Rahmah bagi terus memperkasa jenama berkenaan serta pengusaha yang melibatkan diri secara sukarela.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, aplikasi yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat itu memaparkan direktori premis perniagaan makanan di seluruh negara yang menyediakan Menu Rahmah.

“Kita akan selaraskan pelaksanaan program Menu Rahmah ini, ketika ini kita sedang bangunkan satu aplikasi direktori yang mempamerkan lokasi dimana Menu Rahmah boleh diperoleh, termasuklah waktu penyediaan menu untuk mudahkan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan menu Burger Rahmah di restoran makanan segera Burger King di Taman Bukit Indah di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai memberitahu, pelaksanaan Menu Rahmah tidak bertujuan mengubah model perniagaan asal yang dilaksana pengusaha.

Advertisements

“Dua hari lalu, sebuah pasar raya merekodkan peningkatan jualan 30 peratus selepas melancarkan Jualan Rahmah.

“Ini bermakna, mana-mana pengusaha yang beri komitmen kepada jenama Rahmah ini boleh merekodkan keuntungan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Salahuddin memberitahu, Burger King menjadi restoran makanan segera pertama yang menyahut inisiatif kerajaan dalam menyediakan menu makanan pada harga sederhana melalui pelaksanaan program Menu Rahmah.

“Produk Burger Rahmah merupakan burger ayam atau daging, beserta sayur dan sebotol air mineral yang dijual di kesemua 140 cawangan Burger King seluruh negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan