28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tak perlu keluar KWSP, Kerajaan akan umum bantuan B40 – Rafizi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya bagi menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP kerana kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya, tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.

“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua.

“Walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tetapi dia mencuci tangan untuk masa akn datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Kick-off Dialog Strategik Bersama Menteri Ekonomi: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Peridustrian Ke-4 di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Rafizi berkata, kerajaan berharap untuk meneruskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang sedang berlaku ketika ini.

Menurutnya, pihaknya mula melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji kerana tidak boleh melihat kepada aspek kos sara hidup semata-mata.

“Kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh dua, lima tahun akan datang untuk memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan kepada pasaran semata-mata,” katanya.

“Cuma di peringkat kementerian kami, ini semua adalah jangka sederhana dan panjang, tetapi secara prinsipnya, kalau kita berjaya memastikan program subsidi itu disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, itu juga akan memastikan kesan kenaikan kos sara hidup dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan KWSP.

Anwar berkata, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan