26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Tun M kagum kebolehan tiga beradik baiki mesin industri di Nilai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAPA Permodenan Negara, Tun Dr Mahathir Mohamad kagum dengan kebolehan tiga beradik dalam bidang memperbaiki mesin moden dan telah turun padang ke kilang tiga beradik berkenaan di Kawasan Perindustrian Nilai 7, Negeri Sembilan.

Ujar bekas perdana menteri itu, beliau membuat kunjungan tersebut semalam selepas tertarik dengan perkongsian pengalaman kerja memperbaiki mesin industri dan pembuatan di kilang-kilang serta institusi pendidikan oleh sekumpulan anak muda di pejabatnya pada 16 Disember tahun lalu.

“Semalam saya hadir sendiri ke kilang mereka, Sentuhan Teknik Sdn. Bhd. yang dimiliki tiga beradik ini – Shahril, Shahriza dan Shauqat.  Nampaknya ini satu perniagaan luarbiasa. Saya kagum lihat kecekapan mereka perbaiki mesin-mesin rosak dan setelah itu diguna semula untuk menghasilkan pelbagai produk.

“Antara mesinnya ialah milling machine, driller, hydraulic press, bending machine, lathe machine dan lain-lain. Satu lagi kebolehan mereka ialah membaikpulih mesin moden yang penuh dengan sambungan elektronik dan circuit board.

Baca juga:   12 sungai berada pada paras bahaya pagi ini - JPS

“Circuit board ini perlu dipelajari dan difahami ilmunya, jika tidak kita tidak boleh perbaiki. Nampaknya mereka punyai kefahaman dan kemahiran mengenai circuit board selain tahu memprogram mesin moden,” katanya dalam Facebook hari ini.

Jelas Tun Mahathir lagi, mesin-mesin moden yang dibaiki itu selain diguna semula untuk hasilkan produk, mereka jual dengan harga lebih murah kepada syarikat ‘start up’ umpamanya.

Menurutnya, kemahiran perbaiki mesin moden ini suatu kemahiran jarang-jarang diminati.

Baca juga:   Dokumen palsu: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen NS didenda

“Namun ketekunan adik-beradik ini boleh diteladani terutama golongan muda. Kemahiran sedemikian jika diajar kepada anak muda ia boleh hasilkan pendapatan lumayan. Letih, berdiri, berpanas itu biasa, kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

“Tahniah kepada ketiga adik beradik ini kerana mengusaha jenis perniagaan ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat banyak peluang dalam bidang memperbaiki mesin moden.

“Diharap lebih ramai anak muda akan memasuki bidang ini. Dengan tekad dan disiplin, insya’Allah apa yang dikerjakan dapat mencapai kemajuan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan...

Lagi Artikel Berkaitan