31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Kerajaan Perpaduan Sabah: UMNO Sabah sokong cadangan PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau yakin dan percaya melalui kerajaan Perpaduan berkenaan ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik negeri Sabah ketika ini.

“Sebagai Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, saya menyokong penuh cadangan Perdana Menteri.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Bung Moktar memaklumkan beliau bersama sebahagian besar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16, hari ini, berikutan perlu berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.

“Bagaimanapun, saya dan semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Sabah menyokong penuh Rang Undang-undang (RUU) Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan,” katanya.

Malam tadi, Anwar yang bergegas dari lawatan rasmi di Indonesia mengadakan pertemuan dengan pemimpin Sabah di Kota Kinabalu.

Ujar Anwar, situasi politik di Sabah bertambah baik hasil pertemuannya dengan pemimpin Sabah.

Beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mencari formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Sabah.

Bagaimanapun jelas Datuk Seri Anwar, keputusan terletak pada kepimpinan Sabah kerana pihaknya hanya mampu memberi nasihat.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan