Wednesday, July 22, 2026

Jafry dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO baharu Sabah

Jafry merupakan antara enam calon Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berlangsung akhir bulan lalu.

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO baharu Sabah.

Pelantikan Jafry yang juga Setiausaha UMNO Sabah dibuat Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan parti.

Turut dilantik, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan sementara Samasuddin Yusop sebagai Setiausaha.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut bagi memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.

“UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jafry merupakan antara enam calon Barisan Nasional (BN) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berlangsung akhir bulan lalu.

Beliau satu-satunya wakil BN yang dilantik Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Exco dengan memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. 

Perubahan kepimpinan baharu UMNO Sabah dipercayai ada kaitan dengan keputusan PRN serta kematian Allahyarham Bung Moktar Radin yang sebelum ini menerajui UMNO negeri itu sejak 2020. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan