24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Peperiksaan SPM mulai 30 Januari, libatkan seramai 403,637 calon

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dilaksanakan mulai 30 Januari hingga 15 Mac depan melibatkan ujian amali sains; ujian bertutur; ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan dikeluarkan berkata,seramai 403, 637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang dijadual berlangsung pada 20 Februari sehingga 15 Mac 2023.

“Ujian amali Sains (Fizik) pada 30 Januari yang akan membabitkan seramai 93,490 calon; ujian amali (Biologi) 31 Januari (74,642 calon); ujian amali (Kimia) 2 Februari (94,672 calon) dan ujian amali Sains (tambahan) 2 Februari (1,675 calon).

“Lain-lain, ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 7 hingga 9 Februari (397,854 calon); ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari (397,057 calon); ujian Mendengar Bahasa Melayu (397,854 calon) dan Bahasa Inggeris (397,057 calon) masing-masing pada 16 Februari 2023,”katanya.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan
ini, KPM berkata, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini dan sebanyak 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara.

Advertisements

Dalam masa sama, KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi
semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my

KPM berkata, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022,”ujar KPM.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan