26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KPM siasat aduan ibu hanya terima RM100 BAP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyiasat berhubung aduan seorang ibu kepada tiga orang anak yang belajar di sekolah sama tetapi menerima jumlah bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang berbeza.

KPM menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, pihaknya terdahulu menerima satu video yang ditularkan melalui aplikasi Tik Tok berhubung perkara terbabit.

“Sehubungan dengan itu, KPM akan menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan agar tindakan yang tegas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa,”katanya.

Dalam masa sama, KPM ingin memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi sepanjang masa melalui SISPAA KPM di https://moe.spab.gov.my atau melalui telefon sepanjang waktu pejabat beroperasi di talian 03-8884 6456.

Ujar KPM, pihaknya akan memastikan semua butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan.

Advertisements

Semalam, kecoh di media sosial menerusi aplikasi Tik Tok apabila seorang ibu mendakwa guru di sekolah anaknya belajar tidak berlaku jujur apabila hanya menyerahkan bayaran BAP berjumlah RM100 sahaja, iaitu kurang RM50 daripada jumlah yang sepatutnya diberi.

Menerusi video hampir tiga minit itu, dia menyedari perkara itu semasa hadir untuk menuntut wang BAP bagi ketiga-tiga anaknya yang belajar di sekolah yang sama.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Shuhada kemudiannya telah berkongsi kejadian itu di dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa murid sekelas anaknya.

Telahannya tepat, apabila terdapat ibu bapa yang menerima nasib sepertinya apabila guru berkenaan hanya memberikan RM100 untuk BAP. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan