31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemandu lori pandu lawan arus rupa-rupanya mabuk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMANDU lori yang memandu secara lawan arus di kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Johor didapati di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu lori berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian berlaku pada 4.30 petang membabitkan sebuah lori bernombor pendaftaran JQD 7966 dengan dua kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan di percayai berlaku apabila pemandu lori dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Rahmat lagi, pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan itu.

Menurutnya, pemandu Mercedes Benz yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.

“Pemandu lori berusia 41 tahun ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian,” katanya.

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor dilaporkan berkata, kejadian berlaku sebelum kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Kupang.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan