24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

LCS: Mindef puas hati status terkini pembinaan kapal

Untuk kapal pertama, ia telah 70 peratus (siap) dan tinggal satu blok sahaja yang perlu dilengkapkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) termasuk sebuah daripada enam kapal yang diyakini siap pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasil lawatan beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mendapati pembinaan kapal-kapal tersebut menepati masa ditetapkan secara berperingkat mengikut kesesuaian masing-masing.

“Untuk kapal pertama, ia telah 70 peratus (siap). Tinggal satu blok sahaja yang perlu dilengkapkan, ia tidak ambil masa. Bahagian enjin, baling-baling, kotak gear telah dimasukkan, tinggal peralatan elektrik dan kemudiannya senjata.

“Saya yakin, kapal pertama ini akan siap pada 2024 sebelum ujian di peringkat pelayaran di laut dan kemudiannya ditauliahkan,” katanya pada sidang media selepas lawatannya hari ini.

Mohamad sebelum ini dilapor berkata kerajaan akan meneruskan projek pembinaan LCS sebagai sebahagian daripada pengukuhan pertahanan negara dan tentera laut dengan usaha itu turut membabitkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi merealisasikan penyiapan aset ketenteraan berkenaan.

Advertisements

Dilapor, Kementerian Pertahanan juga sudah berunding untuk membawa kertas projek itu untuk terus berjumpa dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lepas itu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Pada 2 Okt lepas, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein,dilaporkan berkata pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun lepas. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan